Assalammualaikum & selamat petang uols,
Petang-petang macam ni, teringat pula cerita semalam, pergi rumah father in law untuk memasak nasi ayam hainan. Sebenarnya jumaat minggu yang lepas, my father in law request Kak Nieta untuk memasakkan Nasi Ayam Hainan ni. Dia kata teringin nak makan Nasi Ayam Hainan yg pernah Kak Nieta buat dulu time Kak Nieta menetap di Kuala Lumpur.
Jadi, untuk tidak menghampakan permintaan ayah mertuaku ini, pagi jumaat yang penuh barakah ni, Kak Nieta pun carilah barang-barang untuk resepi Nasi Ayam Hainan ni. Actually bahan-bahan yg diperlukan untuk memasak nasi ayam ni sangat-sangat la ringkas dan mudah di dapati.
Kak Nieta bagi senarai untuk membuat Nasi Ayam Hainan ni :-
Bahan-bahan.
Halia
Bawang Putih
Kacang Tanah
Butter
Cili Merah
Limau Nipis
Soya Sos
Minyak Bijan
Minyak Masak
Timun Jepun
Ayam
Garam
Serbuk Perasa @ Kiub Pati Ayam
Cara-cara:-
1. Rebus kacang tanah di dalam periuk. Halia dan bawang putih di ketuk-ketuk kasar. Kuantiti nya agak banyak, bawang putih & halia sama banyak. Rebus sehingga kacang tanah sedikit lembut. Ayam yang sudah di cuci dan di toskan, dimasukkan ke dalam periuk dan direbus sehingga masak.
2. Basuh beras mengikut sukatan yang disukai. Toskan beras tersebut. Apabila air rebusan ayam bersama kacang tanah sudah mendidih, gunakan air rebusan itu untuk memasak nasi. Masukkan butter mengikut kesukaan uols. Fungsi butter ini untuk membuat nasi tersebut lembut dan berwarna agak kekuningan.
3. Tambah garam dan kiub pati ayam didalam sup tadi dan perlahan api. Ubah suai rasa mengikut kesukaan tekak korang okeh, lau nak masin, taruk garam banyak sikit, tak ada sapa-sapa nak marah.
4. Untuk membuat cili sos nasi ayam hainan ini, cili merah yang sudah dibasuh dimasukkan di dalam blender, bersama 1 ulas bawang putih, 1 biji perahan air limau nipis, sedikit gula & sedikit cuka. Kisar sehingga lumat okay.
5. Nasi ayam hainan ni ada sos halia tau, tu yang best sangat tuh. Unuk membuat sos halia ni, ambil halia yang sudah dibuang kulit, masukkan dalam pengisar, bersama 1 ulas bawang putih, sedikit gula, sedikit garam, tambah ais batu dalam 2 ketul supaya sos halia ni ada air sedikit.
6. Angkat ayam didalam sup yang direbus bersama kacang tanah, toskan. Panaskan kuali dan bubuh minyak masak, tunggu sehingga minyak masak panas, dan gorengkan ayam tadi sebentar. Tidak perlu goreng terlalu lama, sebab ayam sudah masak di dalam sup.
7. Di dalam mangkuk lain, tuang soya sos bersama minyak bijan, kacau sebati. Ini ialah sos kicap untuk dituang di atas ayam yang telah di goreng tadi.
8. Potong timun jepun, letakkan di atas pinggan besar, ayam yang di goreng tadi di ketuk-ketuk supaya lembut dan susun ayat di atas timun jepun. Kemudian, curahkan sos kicap campuran di atas ayam tadi.
#kredit pd my office mate yg sudi memberikan resepi terun temurun keluarga beliau!