Monday, March 23, 2015

Cuti sekolah da abis...!

Hi peeps,

Cuti sekolah dah pun habis, hari ni da start balik bersekolah! Bermula balik dengan tak cukup masa, hehe, terkejar-kejar dengan masa anak-anak,  pukul 12pm kena amik Yasmin balik sekolah, then balik rumah masak bekal pula untuk Adam & Balqis, pukul 12.40pm berkejar pula ke sekolah hantar bekal, buku & selipar untuk Adam & Balqis masuk kelas Fardu-Ain yg sekolah buat. Balik rumah sementara nak tunggu pukul 4.40pm boleh la basuh baju atau pack order customer yang request dan di pos keesokkan hari.

Pukul 4.40pm pula berkejar amik Adam & Balqis, kemudian dorang mandi dan hantar kelas Iqra pulak! Ni la rutin harian yg perlu dibuat. Pheww memang tak cukup masa kan. Tapi alhamdulillah,  ni semua pengorbanan yg tak ternilai rasanya. Nak rest tu hari cuti je. Time weekend je lah boleh bermalas-malas, haha.

Pukul 6pm pula ambil Adam, Balqis & Yasmin dari kelas Iqra, berkejar balik rumah pula, sebab dorang tu nak main kat depan rumah, main buaian la, main kejar-kejar la, main bola la, apa-apa je lah yg dorang boleh main.

Pukul 7pm, kena panggil dorang masuk rumah,  mandi & sembahyang. Malam kena teman anak-anak buat kerja sekolah sampai siap. Makan malam pastu lepak jap dengan dorang dan pukul 9.30pm masa untuk anak-anak tidur! Wah memang pack gile masa seorang suri rumah ni. Sejak migrate negeri husband ni, ingat memang nak cari kerja office macam kat KL dulu, tapi bila difikirkan masak-masak, I rela jadi suri rumah untuk melihat anak-anak membesar depan mata.

Dulu time kerja kt KL, pergi office 7.30am, balik rumah 12-1am br sampai rumah. Anak-anak amik dari nursery pun da lena tidur. Kesian pula bila ingat balik. Time cuti sabtu & ahad pun kadang-kadang pergi office, siap bawak anak-anak lagi, sebabnya dorang tak nak stay kt nursery.

Sebenarnya,  bekerja @ suri rumah masing-masing ada tanggung jawab yg besar. Ibu-ibu yg bekerja, terpaksa bekerja dan sambil tu menguruskan rumah tangga. Kena pula sekarang ni barang-barang makin mahal, nak tak nak, kena keluar bekerja.

Alhamdulillah,  setiap musibah yg terjadi pd Akak, ada hikmahnya. Now menetap dekat sini, menguruskan anak-anak depan mata, sambil buat business online dan offline, syukur alhamdulillah. Masa yg terlepas dengan anak-anak dulu masa bekerja, sekarang Kak Nieta dapat isi balik dengan dorang!!

Anak-anak adalah harta yang paling berharga!


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Blogroll

Instagram

Perihal Anita E-Shoppe

Boleh dihubungi melalui email : anita.azrinawati@gmail.com Telegram / Whatsapp : +6 01115958908 facebook : anita azrinawati e-shoppe instagram : anita_eshoppe

Popular Posts

BTemplates.com

Blogroll

Blogger news

About

Kami juga menyediakan perkhidmatan dalam ubahsuai rumah/ pejabat dan seni rekaan. Kami menyediakan perkhidmatan pembuatan perabut / custom made kitchen cabinet, wardrobe, tv cabinet, study table, shoe rack, partition, plaster ceiling, dan macam-macam jenis pembuatan perabut. Malah servis membaiki barangan elektrik juga seperti mesin basuh, peti ais, air conditioning, dryer, dan macam-macam lagi. Sebuah perusahaan bumiputra lebih 10 tahun pengalaman, dan insha Allah anda sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan servis yg ditawarkan. Harga mengikut budget anda! Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh hubungi saya.

Copyright © Anita E-Shoppe | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com