Tuesday, October 24, 2017

Masak lemak cili api udang dan pucuk paku awesome

Assalammualaikum & selamat petang 😄,

Hari ni just nak share resepi masak lemak cili api pucuk paku bersama udang. Salah satu menu kegemaran daku, huhuhu. Lepas tu goreng ikan kembung ada sambal belacan dan ulam skit, memang makan tak berhenti 😂.

Asyik entry pasal tudung bawal exclusive, sticker manik, hotfix, rhinestones, pearls, swarovski copy, bawal manik, bawal plain steam press dan semuanya, sekali sekali share resepi pun best juga kan

Hari tu beli udang dan pucuk paku, ingat nak goreng simple je, tapi tetiba rasa macam nak makan masak lemak cili pucuk paku dan udang, so terus tukar plan.

Nak masak menu ni mudah sangat, tak susah mana pun. Yang penting ada hati nak memasak, kalau tak ada hati nak buat, goreng ikan yang simple pun jadi susah, ermmm.

Resepi Masak Lemak Cili Api Udang & Pucuk Paku

Bahan-bahannya :-

udang bersaiz besar (saiz sedang pun boleh je, ikut la nak banyak mana pun)
*15 biji cili api @ padi (boleh kurangkan, jika tak nak pedas)
*1 ulas bawang kecil/bawang merah -*blend dgn santan cair,kunyit,cili
*2-3ulas kunyit hidup

2 batang serai (diketuk sedikit)
1 liter santan pekat (saya guna dari 11/2 biji kelapa yg kecil)
1 keping asam keping
1 ikat pucuk paku (ambil bahagian batang yg lembut saja)
garam secukupnya
sedikit gula

Cara-caranya :
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk.
Masukkan juga udang yang telah di basuh ke dalam periuk dan masak sebentar.
Masukkan santan, garam dan sedikit gula. kacau hingga mendidih.
Bila sudah mendidih, masukkan pucuk paku dan asam keping
Bila pucuk paku sudah masak, tutupkan api dan hidangkan

Selamat mencuba







0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Blogroll

Instagram

Perihal Anita E-Shoppe

Boleh dihubungi melalui email : anita.azrinawati@gmail.com Telegram / Whatsapp : +6 01115958908 facebook : anita azrinawati e-shoppe instagram : anita_eshoppe

Popular Posts

BTemplates.com

Blogroll

Blogger news

About

Kami juga menyediakan perkhidmatan dalam ubahsuai rumah/ pejabat dan seni rekaan. Kami menyediakan perkhidmatan pembuatan perabut / custom made kitchen cabinet, wardrobe, tv cabinet, study table, shoe rack, partition, plaster ceiling, dan macam-macam jenis pembuatan perabut. Malah servis membaiki barangan elektrik juga seperti mesin basuh, peti ais, air conditioning, dryer, dan macam-macam lagi. Sebuah perusahaan bumiputra lebih 10 tahun pengalaman, dan insha Allah anda sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan servis yg ditawarkan. Harga mengikut budget anda! Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh hubungi saya.

Copyright © Anita E-Shoppe | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com